Ianya diasaskan oleh Chef Aizat yang berpengalaman dalam industri perkhidmatan terutamanya dalam bidang makanan dan membekalkan makanan bermasak Islam serta berpengalaman selama lebih dari 11 tahun dalam bidang katering serta perniagaan makanan dan sentiasa diberi kepercayaan. Hampir keseluruhan tenaga pekerjanya mempunyai pengalaman dalam industri perhotelan dan katering sama ada di bahagian dapur hingga ke bahagian pelayan. Cahaya Mahligai Catering & Services juga adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan sehingga kini dikenali dengan nama Cahaya Mahligai Catering & Services.