TSJ Sepakat Catering dimiliki dan diuruskan oleh TSJ Sepakat Enterprise. Diasaskan secara perkongsian oleh usahawan Mohd Azimi Bin Ismail dan Muhammad bin Ibrahim, TSJ Sepakat Catering kini berpusat di Surau Al-Abrar, Taman Sri Janggus, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 30 sen bagi setiap pax akan disumbangkan kepada tabung Surau Al-Abrar bagi tujuan aktiviti pengimarahan surau. TSJ Sepakat Catering menawarkan perkhidmatan katering kepada individu, badan-badan kerajaan, syarikat-syarikat korporat dan majlis perkahwinan serta pertunangan dengan kadar yang mampu oleh tuan rumah dengan kos budget yang telah ditetapkan. Apa yang membezakan TSJ Sepakat Catering dengan pesaing lain adalah kami sangat menitikberatkan aspek kualiti dalam penyediaan makanan, perkhidmatan pelanggan, perancangan majlis dan logistik.Memang menjadi keutamaan TSJ Sepakat Catering untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan sempurna. Kami turut berasa gembira dan bangga apabila sesebuah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang. Ia menjadi satu kebanggaan bagi kami apabila dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan.