Umur berapa patut kahwin ?

Umur berapa patut kahwin ?

Kenapa ada yang suka kahwin awal? Kenapa ada yang tak suka kahwin awal?

Sebenarnya kahwin awal atau lambat ni bergantung pada individu tu sendiri. Ramai yang kahwin lepas umur 18 sebab waktu itulah manusia dah cukup matang untuk kahwin.

Perkara yang baik kalau kahwin usia muda ni ialah dapat mengelakkan daripada berlaku maksiat, akan menjadi lebih bertanggungjawab dan dapat merancang kehidupan rumah tangga dalam masa yang panjang

Tetapi berdasarkan Institute of Family Studies, kahwin awal contohnya umur 18 atau 19, risiko untuk perceraian berlaku tu agak tinggi. Ini kerana masa umur 18 atau 19 ni baru meningkat dewasa. Biasalah sebaik saja rasa diri dah ‘dewasa’ masing masing ada ego sendiri.

Kebiasaannya kepada pasangan yang kahwin awal ni masa mula mula berkahwin memang manisnya kalahkan gula. Tapi lepas setahun berlalu, masing masing dah mula berkira siapa yang jaga anak lebih, siapa yang cari duit lebih dan banyak lagi masalah akan timbul.

Semua salah faham ni berlaku sebab waktu umur 18 dan 19 ni sesetengah remaja masih belum tahu sepenuhnya tanggungungjawab yang besar sebagai sepasang suami isteri.

Selain daripada sebab perceraian pula, kahwin pada awal usia ni ataupun lebih tepat kepada wanita yang melahirkan cahaya mata pada awal usia berisiko tinggi kerana mereka masih terlalu muda untuk mengalami proses reproduksi.

Antara risiko yang dinyatakan oleh US National Library of Medicine ialah risiko mengalami komplikasi ketika bersalin, risiko melahirkan anak pramatang dan risiko gangguan kesihatan yang boleh mengundang maut

Itulah sedikit sebanyak yang saya dapat kongsikan tentang isu ‘Umur yang sesuai untuk berkahwin’. Jadi kepada yang sedang merancang perkahwinan tu fikir baik-baik tentang masa depan.

Leave your comment
Comment
Name
Email